Monday, 16 November 2015

Foto Graduasi Tadika/Pra Sekolah - Tadika Little Caliph Pekan Banting

Majlis Perkahwinan Zulaikha & Mohd Ariff , Nilai , Negeri Sembilan



Tahniah kepada pasangan pengantin Zulaikha & Ariff yang kini telah bergelar suami isteri. 

Majlis ijab kabul telah berlangsung dengan sempurna pada 8 November 2015, bertempat di Masjid Putra Nilai, Negero Sembilan. 

Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah dan mendapat keluarga yang sakinah. 

Ikhlas,
Rizal @ Hit Media

Friday, 23 October 2015

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Alif Ceria Integrated Preschool.









 
 
 
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Alif Ceria. Antara tugasan mencabar tahun 2015 kepada kami untuk merakamkan foto graduasi tadika. Dengan jumlah murid paling besar dengan 4 cawangan utama telah memberikan kami pengalaman terbaik untuk tahun yang akan datang. Kesempatan ini tidak kami sia-siakan...sesi penambahbaikan dan percambahan ilmu akan kami gunakan dengan sepenuhnya.
 
Terima kasih sekali lagi kepada pihak pengurusan sekolah yang telah bersama-sama dengan kami untuk menjayakan tugasan ini. Komunikasi yang baik adalah perkara utama yang kami terapkan. Terima kasih. 
 

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Layang-Layang, Taman Mawar 2, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.




Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Layang-Layang yang telah sekali lagi memberi kepercayaan penuh kepada pihak kami untuk merakamkan saat-saat graduasi murid-murid daripada Tadika Layang-Layang.

Semuanya berjalan lancar berdasarkan pengalaman dan kerjasama dengan pihak pengurusan. Sehingga berjumpa di tahun yang akan datang. Terima kasih daripada pihak Hit Media Photography.

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Warisan Khalif Intelek, Kota Warisan, Sepang, Selangor.

 
 


 
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Warisan Khalif Intelek, Kota Warisan yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi jurufoto rasmi foto graduasi tahun 2015. Kepercayaan ini akan kami galas dengan sebaik mungkin. Dengan kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan kami telah memastikan tugasan ini dilakukan dengan sempurna. Terima kasih, semoga berjumpa di masa yang akan datang.
 
Tahniah kepada murid-murid 6 tahun yang telah tamat tadika dan akan melangkah ke alam baru persekolahan sesi 2016.



Monday, 14 September 2015

Sesi fotografi berkumpulan Graduan Konvokesyen



Salam,  kelmarin pada 13/9/2015 satu lagi sesi fotografi berkumpulan untuk kumpulan Graduan OUM berjaya dilaksanakan. Lokasi kali ini bertempat di Perkarangan Masjid Sultan Al Mizan@Masjid Besi, Putrajaya Presint 3.

Kumpulan graduan ini disertai seramai 7 orang dari pelbagai bidang jurusan perguruan. Apa yang menarik lagi, sesi fotografi ini disertai oleh ahli keluarga dan rakan taulan graduan berkenaan. Ini memberikan variasi kepada gaya fotografi  dan mode ceria kepada semua yang terlibat.

Cuaca agak baik walaupun berjerebu pada kadar tidak sihat, namun suasana perkarangan dan lampu limpah dari masjid itu sendiri cukup membantu. 

Teknik kali ini adalah dengan menggunakan dua set lampu sokongan jenis LED sebagai direct lighting kepada subject. Tiada penggunaan speed light digunakan, walau pun berisiko dgn gambar bergoyang dan kesan noise yang tinggi. Namun syukur sesi berjalan lancar.

Berikut adalah sedikit hasil daripada sesi fotografi yang telah dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak termasuk pengurusan keselamatan masjid yang sabar dan memberi peluang dan ruang kepada kami untuk merakamkan saat terindah ini. Terima kasih. 



Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge