Saturday, 24 September 2016

Majlis Perkahwinan Hafizi dan Nurul Jannah, Labu , Negeri Sembilan

Pada 17 September 2016 yang lalu, kami telah diberikan tanggungjawab untuk merakamkan majlis bertandang pasangan pengantin baru Hafizi Fauzan dan Nurul Jannah. Majlis berlangsung dengan sempurna di Eka Matahari, Labu, Negeri Sembilan.


Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi kalian, semoga rezeki kalian bertambah dan kasih kekal hingga syurgawi. InsyaAllah.


















Wednesday, 7 September 2016

Majlis akad nikah dan persandingan pasangan pengantin Iqbal dan Yanie ,Alor Gajah, Melaka.



Alhamdulillah tugasan pada 3 September 2016 telahpun selesai. Kesibukan dgn urusan harian agak melewatkan kami utk mengemaskini blog ini.

Majlis berjalan lancar dengan pengantin diijabkabulkan di Masjid Qariah Paya Datok, Alor Gajah, Melaka pada sekitar jam 10.00 pagi. Dengan sekali lafaz, telah sah mereka sebagai pasangan suami isteri. Tahniah daripada kami. 




Selesai majlis ijab kabul, majlis persandingan akan dilangsungkan pada jam 1.00 petang. Lokasi kali ini di Kompleks Japerun Rembia, Alor Gajah, Melaka. Dengan bertemakan warna merah ceria, kedua-dua mempelai diraikan oleh ibu bapa, sanak saudara, rakan2 dan tetamu majlis. 





Alhamdulillah dan tahniah daripada kami, moga kasih mereka kekal bahagia hingga ke jannah. Amin. 





Tuesday, 7 June 2016

Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Wazir & Noorjamilah, Kampung Jeram, Kuala Selangor

Event  : Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Wazir dan Noorjamilah. 
Lokasi : Kampung Jeram, Kuala Selangor, Selangor. 
Tarikh : 28 Mei 2016 / Sabtu. 




Friday, 6 May 2016

Majlis Persandingan Pasangan Pengantin Amin dan Izan, Felda Rentam,Bera, Pahang.

1 Mei 2016 ( Ahad ) Bera, Pahang.  Satu lagi lokasi baru utk kami. Sehari selepas liputan majlis sambut menantu di Maran, Pahang. Perjalanan diteruskan ke Felda Rentam, Bera, Pahang.

Tahniah kepada pasangan Amin dan Izan yang telah melangsungkan majlis persandingan mereka dengan penuh kemeriahan bersama sanak saudara , jiran tetangga dan rakan taulan. 



Sekitar foto majlis.














Lokasi Outdoor : Tasik Bera, Pahang. 

Majlis Persandingan Pasangan Kheirul dan Karimah, Kampung Melekai,Johol, Negeri Sembilan


23 April 2016 (sabtu). Lokasi kali ini di Johol, Negeri Sembilan. Satu lagi lokasi baru dalam sesi explorasi Hit Media Photography. Tahniah kepada pasangan pengantin Kherul dan Karimah. Semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke jannah dan juga kali dapat membina keluarga yang sakinah.








Majlis Sambut Menantu Pasangan Pengantin Fauzan & Rozimah, Maran, Pahang





Pada 30 April 2016, Sabtu. Kami telah diberi peluang untuk merakamkan foto majlis sambut menantu bagi pasangan Fauzan dan Rozimah. Majlis berlangsung di Kampung Sentosa, Maran, Pahang.



Pasangan ini telahpun diijabkabul pada bulan Februari yang lalu di Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kali ini tiba pula rombongan Balik Pulau ke Maran.


Tahniah daripada kami di Hit Media Photography. Terima kasih kerana telah memilih kami sekali lagi. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah.



Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge