Sunday, 29 November 2015

Majlis Perkahwinan Noni & Wan di Kampung Tenang, Labis, Johor.






Salam, pada 28 November 2015. Kami telah diberi peluang utk merakamkan foto  bagi pihak FES Studio utk pasangan pengantin Noni & Wan. Lokasi kali ini adalah di Kampung Tenang, Labis, Johor.

Majlis berlansung dengan baik sekali dan kami amat berterima kasih kepada pihak pengantin dan tuan rumah utk kerjasama yang erat. 

Sehingga berjumpa lagi dan tahniah kepada pasangan Noni dan Wan. Semoga berbahagia hingga ke syurga jannah. Amin.

Rizal
Hit Media Photography

Nov. 2015.

Monday, 23 November 2015

Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Normala & Mohd Rafi, BandarSeremban Selatan

Salam, kelmarin kami telah diberikan kepercayaan utk merakamkan aturcara majlis pernikahan pasangan pengantin Normala & Mohd Rafi. Majlis yang diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Bandar Seremban Selatan berlangsung dengan penuh meriah.




Persiapan seawal pagi telah diaturkan oleh pihak tuan rumah. Ramai kenalan dan sanak saudara yang hadir menanti saat pengantin diijab kabulkan. 



Dengan sekali lafaz, pasangan pengantin Normala & Mohd Rafi selamat bergelar suami isteri. Tahniah daripada kami.... Semoga kekal berbahagia hingga ke syurga Jannah. 



Antara pose pengantin yang sempat dirakamkan. Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Sehingga bertemu lagi. Insya Allah. 







Monday, 16 November 2015

Foto Graduasi Tadika/Pra Sekolah - Tadika Little Caliph Pekan Banting

Majlis Perkahwinan Zulaikha & Mohd Ariff , Nilai , Negeri Sembilan



Tahniah kepada pasangan pengantin Zulaikha & Ariff yang kini telah bergelar suami isteri. 

Majlis ijab kabul telah berlangsung dengan sempurna pada 8 November 2015, bertempat di Masjid Putra Nilai, Negero Sembilan. 

Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah dan mendapat keluarga yang sakinah. 

Ikhlas,
Rizal @ Hit Media

Friday, 23 October 2015

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Alif Ceria Integrated Preschool.









 
 
 
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Alif Ceria. Antara tugasan mencabar tahun 2015 kepada kami untuk merakamkan foto graduasi tadika. Dengan jumlah murid paling besar dengan 4 cawangan utama telah memberikan kami pengalaman terbaik untuk tahun yang akan datang. Kesempatan ini tidak kami sia-siakan...sesi penambahbaikan dan percambahan ilmu akan kami gunakan dengan sepenuhnya.
 
Terima kasih sekali lagi kepada pihak pengurusan sekolah yang telah bersama-sama dengan kami untuk menjayakan tugasan ini. Komunikasi yang baik adalah perkara utama yang kami terapkan. Terima kasih. 
 

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Layang-Layang, Taman Mawar 2, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.




Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Layang-Layang yang telah sekali lagi memberi kepercayaan penuh kepada pihak kami untuk merakamkan saat-saat graduasi murid-murid daripada Tadika Layang-Layang.

Semuanya berjalan lancar berdasarkan pengalaman dan kerjasama dengan pihak pengurusan. Sehingga berjumpa di tahun yang akan datang. Terima kasih daripada pihak Hit Media Photography.

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Warisan Khalif Intelek, Kota Warisan, Sepang, Selangor.

 
 


 
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Warisan Khalif Intelek, Kota Warisan yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi jurufoto rasmi foto graduasi tahun 2015. Kepercayaan ini akan kami galas dengan sebaik mungkin. Dengan kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan kami telah memastikan tugasan ini dilakukan dengan sempurna. Terima kasih, semoga berjumpa di masa yang akan datang.
 
Tahniah kepada murid-murid 6 tahun yang telah tamat tadika dan akan melangkah ke alam baru persekolahan sesi 2016.



Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge