Tuesday, 12 January 2016

Live Update Semasa Majlis Berlangsung. Teknologi pindahan foto terus kepada anda.

Salam, 

Terima kasih kepada perkembangan teknologi maklumat. Kini pelanggan boleh mendapatkan salinan foto mereka dgn segera sebaik sahaja petikan shutter dilaksanakan. Tidak menunggu lama lagi untuk melihat hasil kerja jurufoto dan saat indah bersama sanak saudara, rakan taulan dan para tetamu. 


Dengan ada teknologi pemindahan terus dari kamera DSLR melalui WiFi telah memungkinkan perkara ini. Tidak memerlukan kamera DSLR yang paling canggih utk ini. Sekiranya tiada WiFi tersedia dlm kamera, kita ada pilihan utk menggunakan SD Card yang mempunyai fasiliti wifi. Kos yang lebih jimat dan boleh dimiliki oleh pengguna lain. 


Jadi, dengan ada teknologi pindahan segera daripada kamera DSLR ini, kita dapat berkongsi foto berkualiti melalui peranti telefon pintar dan sebagainya. 

Info ini mungkin tidak cukup tepat, mungkin ada teknologi yang lebih terkini diluar sana tetapi ini info yang kami ada dan gunakan dalam sesi fotografi kami. Kami shot aksi anda dan kemudiannya foto tersebut tersedia dalam peranti telefon pintar anda. Mudah dan cepat. 

Terima kasih kerana membaca info ini dan selamat mencuba. Hit Media Photography "Your Friendly Media Partner".

Tuesday, 5 January 2016

Pembaharuan Lesen Perniagaan Hit Media Enterprise bagi tahun 2016.

Salam, alhamdulillah kelmarin kami telahpun memperbaharui lesen perniagaan Hit Media Enterprise bagi tahun 2016/2017. 



Syukur pada Allah yang telah memberi rezeki, kelapangan dan kemampuan untuk meneruskan perniagaan ini. 

Seperti yang saya pelajari daripada sifu-sifu saya yang telah berpengalaman dan mahir. Pentingnya lesen ini adalah utk jaminan kepada pelanggan-pelanggan kita sebenarnya. Sebarang tindakan yang melanggar undang2 perdagangan boleh diambil tindakan oleh pengguna. 

Semoga ilmu dan kepakaran yang ada dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. 

Ikhlas, 
Rizal@Hit Media Photography

Thursday, 24 December 2015

Photobook 8x24 inci dengan 40 custom pages dan crystal cover album











Project Tahun 2016 : Hit Media akan menambah skop perkhidmatanVideografi Perkahwinan Tahun 2016

InsyaAllah, pihak kami akan menambah satu lagi skop perkhidmatan kepada bakal pelanggan Tahun 2016. Semoga segala apa yang kami perolehi sepanjang proses mencari pengalaman dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Semoga dipermudahkan...amin ya Rabbal Alamin.

Wednesday, 16 December 2015

Sample promosi sementara frame poster bersaiz 16x24 inci.

Salam, 

Untuk makluman, setiap pakej foto perkahwinan RM990.00 akan menerima set Frame Poster bersaiz 16x24 inci sebagai cenderahati kami kepada anda. 

Tawaran ini terhad selagi stok masih ada. Sekian, terima kasih. 


Sample frame poster bersaiz 16x24 inci.
Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge