Tuesday 12 January 2016

Live Update Semasa Majlis Berlangsung. Teknologi pindahan foto terus kepada anda.

Salam, 

Terima kasih kepada perkembangan teknologi maklumat. Kini pelanggan boleh mendapatkan salinan foto mereka dgn segera sebaik sahaja petikan shutter dilaksanakan. Tidak menunggu lama lagi untuk melihat hasil kerja jurufoto dan saat indah bersama sanak saudara, rakan taulan dan para tetamu. 


Dengan ada teknologi pemindahan terus dari kamera DSLR melalui WiFi telah memungkinkan perkara ini. Tidak memerlukan kamera DSLR yang paling canggih utk ini. Sekiranya tiada WiFi tersedia dlm kamera, kita ada pilihan utk menggunakan SD Card yang mempunyai fasiliti wifi. Kos yang lebih jimat dan boleh dimiliki oleh pengguna lain. 


Jadi, dengan ada teknologi pindahan segera daripada kamera DSLR ini, kita dapat berkongsi foto berkualiti melalui peranti telefon pintar dan sebagainya. 

Info ini mungkin tidak cukup tepat, mungkin ada teknologi yang lebih terkini diluar sana tetapi ini info yang kami ada dan gunakan dalam sesi fotografi kami. Kami shot aksi anda dan kemudiannya foto tersebut tersedia dalam peranti telefon pintar anda. Mudah dan cepat. 

Terima kasih kerana membaca info ini dan selamat mencuba. Hit Media Photography "Your Friendly Media Partner".

No comments:

Post a Comment

Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge