Monday, 15 December 2014

Corporat Event : Konferensi Keusahawanan Superb...Impossible? Anjuran Akademi Perantis Usahawan Malaysia

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan Akademi Perantis Usahawan Malaysia (APUM) atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada kami untuk merakam majlis mereka. Seminar bertajuk "Konferensi Keusahawanan Superb...Impossible?" telah berlangsung pada 13 Disember 2014 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel, Kuala Lumpur.

Disamping kami merakamkan detik terbaik majlis ini, kami juga berterima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan semasa majlis berkenaan. Kami juga terkesan untuk menerima ilmu keusahawanan daripada percambahan ilmu melalui seminar berkenaan, terima kasih tidak terhingga kami ucapkan.

Diharapkan kerjasama ini akan berterusan, dan pihak kami sentiasa akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Sekian, terima kasih.

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise.









Wednesday, 1 October 2014

PRODUK FOTOGRAFI : Set Mockup Sticky Album

Salam,

Terima kasih kerana melawat blog Hit Media Photography. Oleh kerana terdapat permintaan tinggi terhadap Set Mock-up Album, maka saya kan menerangkan dengan sebaik mungkin apa yang terkandung di dalam set ini. Secara umumnya ia adalah set yang merupakan pakej mampu milik dan sering saya jadikan sebagai pelengkap kepada kombinasi album lain. Untuk makluman anda, set ini bukan sahaja untuk set photography perkahwinan...malahan ia boleh dijadikan album keluarga dan pelbagai lagi majlis lain.

Contoh Family Album, 10x15 inci


Mock-up album adalah satu penambahbaikan daripada set sticky album ready made yang mana kita boleh mendapatkan pelbagai ready made album di pasaran luar. Tetapi jika dibandingkan perbezaannya, jelas ketara Mock-up Album mempunyai daya tarikan tersendiri. Ini terbukti dengan kelainan yang ada pada album ini. Ia didatangkan dengan customize cover album dan black refill yang memberikan ciri ekslusif. Kebiasaan album ready made menggunakan white refill yang agak nipis dan tampak biasa. Bagi tawaran umum, kesemua set mockup didatangkan dengan 40 mukasurat "black refill". Sekiranya ada inginkan penambahan mukasurat, hal ini tidaklah mustahil. Untuk itu anda boleh memuatkan lebih foto didalamnya.


 

Muka hadapan
 
 

Muka belakang



Apa yang menjadikan ia mock-up album adalah kerana ia merupakan set yang menawarkan rekaan photography sepenuhnya pada cover album samada belakang atau hadapan. Ini menjadikan album ini hak milik peribadi yang tidak ada persamaan di pasaran.


 
Rekaan photography muka hadapan
 


Rekaan photography muka belakang


Terdapat tiga saiz utama yang dapat saya tawarkan, iaitu saiz 13x13 inci dengan bukaan album selebar 13x26 inci. Set ini boleh memuatkan sebanyak 80 keping foto 4R, namun begitu ianya boleh dimaksimumkan kepada 120 keping foto 4R dengan susunan 3 keping 4R untuk setiap satu muka surat.

Manakala, bagi saiz medium pula adalah berukuran 10x15 inci, ataupun dengan bukaan album selebar 10x30 inci. Ia boleh menampung sejumlah 120 keping 4R dan jika dimaksimakan dengan susunan yang teratur, ia mampu memuatkan 160 hingga 200 keping foto 4R. Untuk pengetahuan anda, set medium ini adalah merupakan set paling laris dan berpatutan.

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih padat, set album bersaiz 14x15 dengan bukaan selebar 14x30 inci adalah jawapannya. Ia mampu memuatkan sebanyak 320 keping foto 4R jika disusun secara terancang. Namun begitu, bagi mengekalkan kualiti pandangan mata...set ini datang dengan 200 keping foto 4R.





Tetapi, itu adalah tetapan asal yang ditawarkan...anda bebas membuat customization dengan susunan dan kombinasi foto pelbagai saiz. Set 13x13 inci mampu memuatkan foto bersaiz 10R bagi satu-satu mukasurat. Manakala, set 10x15 boleh memuatkan 8R kerana keterbatasan ruang album tetapi boleh dikombinasikan dengan foto bersaiz kecil yang lain.  Bagi set 14x15, anda ada pilihan yang lebih jauh dimana anda boleh memuatkan foto sebesar 11R.






Cukup sekadar ini, diharapkan dengan info yang sebegini dapat memberi gambaran kepada anda. Sekiranya anda ingin bertanya atau mendapatkan info lanjut. Akan saya cuba sampaikan ...dan sekiranya ingin melihat sendiri, anda boleh menghubungi saya untuk temujanji.

Sekian, terima kasih.

Like our fanpage at www.facebook.com/hitmediaphotography

Rizal Abd Wahab
HIT MEDIA ENTERPRISE

TIPS FOTOGRAFI : Kesilapan & Teknik Mengambil Gambar Berkumpulan Untuk Majlis Perkahwinan

Salam, terima kasih kerana melawat blog ini. Hari ini saya ingin berkongsi tips-tips mengambil gambar berkumpulan berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ini. Kenangan bersama rakan-rakan, sanak saudara dan tetamu yang hadir tidak sempurna kalau tidak dirakam semasa majlis diraikan. Mereka adalah tetamu dan orang yang berada disekitar majlis dan bersama-bersama menjayakan hari berbahagia sang pengantin baru.





Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh photographer adalah seperti :
  • Tidak memberi arahan dengan jelas semasa pengantin dan tetamu (Saya sebut dengan ertikata "Subjek" ) sedang bersedia untuk bergambar.
    • Ada segelintir jurugambar yang hanya membiarkan subjek menyusuan sendiri formasi dan kedudukan mereka. Kemudian, si jurugambar akan terus mengambil gambar dan selesai. Proses ini mungkin berjalan lancar atau sebaliknya. Sebagai jurugambar, adalah sangat penting kita dapat mengawal keadaan sebaik mungkin. Itu tidak bermakna kita mengatur 100% pergerakan subjek. Cukup sekadar memberi pandangan dan idea, kerana kita berada dihadapan yang sedang memerhatikan susunan mereka. Berikan pandangan anda sebaik mungkin. Mereka pasti menghargai kepakaran anda.
    • Lontarkan vokal anda semasa sesi bergambar, kadangkala agak penting suara yang lantang tetapi tidaklah sehingga menyinggung perasaan subjek...cukup sekadar boleh mendengar arahan anda.

  • Tidak peka dengan pergerakan mata kumpulan subjek. 
    • Saya amat menitik beratkan pergerakan mata subjek. Semakin ramai subjek dalam skop lensa anda, semakin kritikal pentingnya kepekaan mata jurugambar.
    • Pergerakan mata ini boleh disebabkan ada jurugambar lain samada rakan sepasukan anda, kamera tetamu mahupun ada insiden yang berlaku yang menarik perhatian mata subjek. Pastikan anda peka dan adalah tidak salah untuk mengulang semula pengambaran agar semua subjek bersedia jika perkara ini terjadi juga.

  • Tidak peka atau bertolak ansur dengan jurugambar atau tetamu lain yang ingin mengambil gambar kumpulan subjek yang telah disusun.
    • Beri peluang kepada jurugambar lain atau tatamu yang ingin mengambil gambar subjek. Sekiranya kita belajar menghormati mereka, insyaAllah mereka juga akan menghormati anda sebagai jurugambar rasmi.
    • Tetapi anda sebagai jurugambar rasmi ada hak untuk memberi arahan kepada subjek agar tumpu kepada satu kamera sahaja iaitu kamera anda. Bersuara sedikit dan jangan biarkan suasana mengawal anda. Guna pelbagai kreativiti anda seperti penggunaan tangan, sepanduk atau signage agar perhatian diberikan kepada anda sepenuhnya. Ini adalah untuk kebaikan anda dan subjek anda sendiri.

  • Terlalu tergesa-gesa untuk mengambil gambar subjek.
    • Sikap terlalu tergesa-gesa semasa mengambil gambar kumpulan subjek akan memberikan impak tergesa-gesa kepada gambar subjek juga. Subjek tidak bersedia dan ini memberi tanggapan negative kepada jurugambar.
    • Berikan masa kepada subjek untuk bersedia dan memberikan senyuman dan lambaian terbaik semasa sesi pengambaran. Semua pasti gembira dan ceria.

  • Tidak peka dengan aras kedudukan kumpulan subjek dan kedudukan jurugambar sendiri.
    • Pastikan ketinggian kamera dan subjek dalam posisi yang sesuai. Kedudukan terlalu tinggi atau rendah akan menyebabkan perubahan kepada foto subjek.
    • Tidak salah untuk mencuba pelbagai posisi, tetapi pastikan posisi asas diperolehi dengan sempurna dahulu.

  • Tidak menaikkan mod kumpulan subjek.
    • Majlis perkahwinan membawa erti kegembiraan kepada pengantin, sanak saudara, rakan taulan dan tetamu yang hadir. Peka dengan senyuman dan kemuraman subjek adalah penting. Ubah mod menjadi ceria, gunakan kepakaran dan tutur kata yang positif agar semua subjek ceria.
    • Kadang kala perlu juga anda mencuit perasaan subjek anda agar mereka tertawa dan ceria. Tetapi tidaklah bermakna anda perlu diketawakan oleh subjek. BE SMART.

  • Susunan yang tidak seimbang antara kumpulan subjek. 
    • Susunan subjek adalah penting agar suasana dan foto berkenaan memberi impak kepada mereka yang melihat foto tersebut.
    • Kebiasaanya, pengantin yang diraikan diletakkan ditengah dan lain-lain subjek akan merapati dari kiri dan kanan pengantin sehingga skop dipenuhi. Pastikan subjek dalam keadaan seimbang.

  • Posisi photographer dan sudut camera yang tidak berubah dan pelbagai.
    • Berada pada satu kedudukan adalah membosankan. Foto yang diperolehi akan kelihatan membosankan dan hampir tiada kepelbagaian.

  • Muka masam...tak senyum langsung.
    • Yang paling kritikal ...senyumlah walaupun penat dan tertekan dengan aturcara majlis. Senyum adalah penawar keletihan anda. Kalau muka kita bukan jenis photogenic atau photogedik, cubalah untuk senyum dan bertutur dengan berhemah tinggi.




Kepada OTAI-OTAI dan guru-guru saya, mohon izin pandangan dan sokongan kalau saya juga tersilap dalam berkongsi ilmu. Kepada para bakal pengantin, mohon sokongan dan kerjasama kepada photographer yang bersama anda, pada saya etika dan tanggungjawab photographer rasmi majlis perkahwinan adalah untuk merakam saat-saat terbaik hari pengantin baru. Sentiasa pastikan saat itu tak terlepas dan menjadi kenangan termanis kepada pengantin tersebut. Mereka telah memberikan kepercayaan dan tanggungjawab sepenuhnya kepada kita sebagai jurugambar berpengalaman.

Terima kasih.

Rizal Abd Wahab,
HIT MEDIA ENTERPRISE.
Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge