Thursday 24 December 2015

Photobook 8x24 inci dengan 40 custom pages dan crystal cover album











Project Tahun 2016 : Hit Media akan menambah skop perkhidmatanVideografi Perkahwinan Tahun 2016

InsyaAllah, pihak kami akan menambah satu lagi skop perkhidmatan kepada bakal pelanggan Tahun 2016. Semoga segala apa yang kami perolehi sepanjang proses mencari pengalaman dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Semoga dipermudahkan...amin ya Rabbal Alamin.

Wednesday 16 December 2015

Sample promosi sementara frame poster bersaiz 16x24 inci.

Salam, 

Untuk makluman, setiap pakej foto perkahwinan RM990.00 akan menerima set Frame Poster bersaiz 16x24 inci sebagai cenderahati kami kepada anda. 

Tawaran ini terhad selagi stok masih ada. Sekian, terima kasih. 


Sample frame poster bersaiz 16x24 inci.

Sunday 29 November 2015

Majlis Perkahwinan Noni & Wan di Kampung Tenang, Labis, Johor.






Salam, pada 28 November 2015. Kami telah diberi peluang utk merakamkan foto  bagi pihak FES Studio utk pasangan pengantin Noni & Wan. Lokasi kali ini adalah di Kampung Tenang, Labis, Johor.

Majlis berlansung dengan baik sekali dan kami amat berterima kasih kepada pihak pengantin dan tuan rumah utk kerjasama yang erat. 

Sehingga berjumpa lagi dan tahniah kepada pasangan Noni dan Wan. Semoga berbahagia hingga ke syurga jannah. Amin.

Rizal
Hit Media Photography

Nov. 2015.

Monday 23 November 2015

Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Normala & Mohd Rafi, BandarSeremban Selatan

Salam, kelmarin kami telah diberikan kepercayaan utk merakamkan aturcara majlis pernikahan pasangan pengantin Normala & Mohd Rafi. Majlis yang diadakan di rumah pengantin perempuan yang terletak di Bandar Seremban Selatan berlangsung dengan penuh meriah.




Persiapan seawal pagi telah diaturkan oleh pihak tuan rumah. Ramai kenalan dan sanak saudara yang hadir menanti saat pengantin diijab kabulkan. 



Dengan sekali lafaz, pasangan pengantin Normala & Mohd Rafi selamat bergelar suami isteri. Tahniah daripada kami.... Semoga kekal berbahagia hingga ke syurga Jannah. 



Antara pose pengantin yang sempat dirakamkan. Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Sehingga bertemu lagi. Insya Allah. 







Monday 16 November 2015

Foto Graduasi Tadika/Pra Sekolah - Tadika Little Caliph Pekan Banting

Majlis Perkahwinan Zulaikha & Mohd Ariff , Nilai , Negeri Sembilan



Tahniah kepada pasangan pengantin Zulaikha & Ariff yang kini telah bergelar suami isteri. 

Majlis ijab kabul telah berlangsung dengan sempurna pada 8 November 2015, bertempat di Masjid Putra Nilai, Negero Sembilan. 

Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Semoga jodoh berkekalan hingga ke Jannah dan mendapat keluarga yang sakinah. 

Ikhlas,
Rizal @ Hit Media

Friday 23 October 2015

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Alif Ceria Integrated Preschool.









 
 
 
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Alif Ceria. Antara tugasan mencabar tahun 2015 kepada kami untuk merakamkan foto graduasi tadika. Dengan jumlah murid paling besar dengan 4 cawangan utama telah memberikan kami pengalaman terbaik untuk tahun yang akan datang. Kesempatan ini tidak kami sia-siakan...sesi penambahbaikan dan percambahan ilmu akan kami gunakan dengan sepenuhnya.
 
Terima kasih sekali lagi kepada pihak pengurusan sekolah yang telah bersama-sama dengan kami untuk menjayakan tugasan ini. Komunikasi yang baik adalah perkara utama yang kami terapkan. Terima kasih. 
 

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Layang-Layang, Taman Mawar 2, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.




Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Layang-Layang yang telah sekali lagi memberi kepercayaan penuh kepada pihak kami untuk merakamkan saat-saat graduasi murid-murid daripada Tadika Layang-Layang.

Semuanya berjalan lancar berdasarkan pengalaman dan kerjasama dengan pihak pengurusan. Sehingga berjumpa di tahun yang akan datang. Terima kasih daripada pihak Hit Media Photography.

Update : Foto Graduasi Tahun 2015 Tadika Warisan Khalif Intelek, Kota Warisan, Sepang, Selangor.

 
 


 
Terima kasih kepada pihak pengurusan Tadika Warisan Khalif Intelek, Kota Warisan yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menjadi jurufoto rasmi foto graduasi tahun 2015. Kepercayaan ini akan kami galas dengan sebaik mungkin. Dengan kerjasama yang erat antara pihak pengurusan dan kami telah memastikan tugasan ini dilakukan dengan sempurna. Terima kasih, semoga berjumpa di masa yang akan datang.
 
Tahniah kepada murid-murid 6 tahun yang telah tamat tadika dan akan melangkah ke alam baru persekolahan sesi 2016.



Monday 14 September 2015

Sesi fotografi berkumpulan Graduan Konvokesyen



Salam,  kelmarin pada 13/9/2015 satu lagi sesi fotografi berkumpulan untuk kumpulan Graduan OUM berjaya dilaksanakan. Lokasi kali ini bertempat di Perkarangan Masjid Sultan Al Mizan@Masjid Besi, Putrajaya Presint 3.

Kumpulan graduan ini disertai seramai 7 orang dari pelbagai bidang jurusan perguruan. Apa yang menarik lagi, sesi fotografi ini disertai oleh ahli keluarga dan rakan taulan graduan berkenaan. Ini memberikan variasi kepada gaya fotografi  dan mode ceria kepada semua yang terlibat.

Cuaca agak baik walaupun berjerebu pada kadar tidak sihat, namun suasana perkarangan dan lampu limpah dari masjid itu sendiri cukup membantu. 

Teknik kali ini adalah dengan menggunakan dua set lampu sokongan jenis LED sebagai direct lighting kepada subject. Tiada penggunaan speed light digunakan, walau pun berisiko dgn gambar bergoyang dan kesan noise yang tinggi. Namun syukur sesi berjalan lancar.

Berikut adalah sedikit hasil daripada sesi fotografi yang telah dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak termasuk pengurusan keselamatan masjid yang sabar dan memberi peluang dan ruang kepada kami untuk merakamkan saat terindah ini. Terima kasih. 



Thursday 13 August 2015

Terima kasih atas sokongan anda. Teruskan bersama kami di Hit Media Photography.

Salam, terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada kami sepanjang tahun 2015 ini. Walaupun masih berbaki 4 bulan lagi untuk kita melangkah ke tahun 2016, namun jadual telah diatur dengan seadanya. 

Banyak pengalaman ditimba sepanjang suku pertama dan kedua tahun ini. Moga sokongan dan kepercayaan tuan puan terus berkekalan. Sebagai tanda berterima kasih, kami berdoa agar terus komited dengan perkhidmatan yang terbaik dan profesional untuk anda.

InsyaAllah kami akan mengeluarkan promosi tahun 2016 tidak lama lagi. Kami akan cuba menampilkan kelainan dan variasi dalam industri fotografi di Malaysia.  

Terima kasih kerana bersama kami di Hit Media Photography. Terima kasih!!!!

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise
August, 2015.


Monday 10 August 2015

Majlis Perkahwinan Pengantin Ain Filzah & Fahid, Kajang 8 Ogos 2015


Salam, terima kasih kepada pasangan pengantin Ain Filzah & Fahid yang telah memilih kami sebagak jurufoto rasmi majlis kalian. Peluang dan ruang ini amat bermakna utk kami. 

Selamat Pengantin Baru daripada kami di Hit Media Photography. Semoga jodoh kekal bahagia hingga ke Syurga Jannah.



Sehingga bertemu lagi. 

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise


Wednesday 22 July 2015

Memperkenalkan website terbaru Hit Media Photography

Salam,

Bermula pada hari ini, satu website baru telah dilancarkan dengan menggunakan platform wix.com. Website interaktif ini boleh dilayari di http://www.hitmediaphotography.wix.com/artwork . Terima kasih atas sokongan tuan puan kepada kami.

Visit : http://www.hitmediaphotography.wix.com/artwork

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise.

Wednesday 15 July 2015

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin daripada Hit Media Photography

Salam Aidil Fitri kepada semua pelawat dan pelanggan kami yang berada di mana sahaja. Semoga Syawal kali ini memberi makna yang sempurna kepada kita semua.

Kami di Hit Media Photography memohon keampunan andai ada kesilapan dan kekurangan dalam perkhidmatan kami selama ini. Kami akan berusaha mempertingkatkan kualiti kerja daripada masa ke semasa.

Akhir kata, Selamat Berhari Raya dan Maaf Zahir Batin.

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise.

Sunday 28 June 2015

Program Foto Bersaiz Passport untuk SK Kota Warisan, Sepang.

Next event,  sesi fotografi untuk foto bersaiz pasport kepada calon-calon UPSR Tahun 2015. Dengan ada sesi fotografi berkumpulan ini akan memudahkan urusan semua pihak untuk melengkapkan keperluan dokumentasi calon-calon berkenaan. Pihak kami sedia memberikan perkhidmatan pada kadar yang terbaik. InsyaAllah.


Tempahan untuk fotografi perkahwinan sesi 2015/2016 dibuka lagi.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tempahan untuk sesi fotografi perkahwinan bagi sesi 2015/2016 kini dibuka lagi  kepada semua bakal-bakal pengantin di sana. Kami memberikan perkhidmatan secara telus dan profesional. Tarikh tempahan adalah terhad tertakluk kepada kekosongan atau belum dikunci oleh mana-mana pelanggan lain. Sila maklumkan tarikh majlis anda agar kami dapat memastikan tidak berlaku pertindanan tarikh majlis berbahagia anda dengan mana-mana pelanggan lain. 

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi nombor yang tertera di bawah: 
* Untuk berkomunikasi dengan kami melalui mesengger, sila lawat www.facebook.com\hitmediaphotography . 

Sekian, terima kasih. 

Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge