Wednesday 18 March 2015

Selamat Pengantin Baru Kepada Anas & Salwa, Temerloh Jaya, Temerloh, Pahang.



 
 



Selamat pengantin baru & terima kasih kepada pasangan pengantin baru Anas & Salwa yang telah melangsungkan majlis ijab Kabul pada 14 Mac 2015 yang lepas di Pekan, Pahang. Manakala majlis bertandang di rumah pengantin lelaki telah selamat berlangsung pada 15 Mac 2015.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk merakamkan detik-detik manis kalian berdua yang kini telah bergelar suami isteri. Pihak kami cuba sedaya upaya untuk memberikan pulangan terbaik kepada anda sebagai balasan kepercayaan anda kepada kami.

Selamat Pengantin Baru Anas & Salwa daripada Hit Media Photography.

Terima kasih,

Rizal Abd Wahab
HIT MEDIA ENTERPRISE

Monday 2 March 2015

Majlis Akad Nikah : Nova & Din, Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh, Selangor

Pihak kami mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan Nova & Din yang telah selamat diijab kabul pada 28 Februari 2015 bertempat di Masjid Al-Huda, Paya Jaras.

Majlis yang dihadiri oleh ramai saudara mara daripada kedua-dua belah mempelai ini menjadikan suasana majlis bertambah cerita dan akan diingati selamanya.

Kami mendoakan agar kebahgian pasangan pengantin ini hingga ke Syurga Jannah, semoga cepat mendapat zuriat dan membentuk keluarga sakinah.

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise.





Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge