Kenali Kami





Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Terima kasih kerana melawat blog ini. Sokongan daripada anda amat kami hargai selagi hayat di kandung badan. Semoga dengan sokongan anda, akan membawa kami lebih jauh melangkah kehadapan.
 
Segalanya bermula sekitar tahun 2009,  kami mencari pengalaman fotografi selama beberapa tahun, kini kami tampil dengan lebih sistematik. Penglibatan dalam bidang ini bermula dengan hobi bersama rakan-rakan sealiran minat. Kemudian kami mengambil satu langkah kehadapan lagi dengan sama-sama mempelajari teknik-teknik fotografi melalui senior dan sifu-sifu kami. Terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan dan sifu-sifu yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada kami.
 
Kini berbekalkan pengalaman tersebut, kami melangkah setapak lagi dengan menubuhkan kumpulan Hit Media Photography. Penubuhan ini merupakan satu cabang perkhidmatan yang telah diwujudkan daripada kumpulan Hit Media Enterprise (Reg. No. 002309419-X). Untuk makluman, Hit Media Enterprise telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 12 Mac 2014. Pendaftaran syarikat ini adalah sebagai satu langkah permulaan menuju status professional dalam bidang fotografi dan pelbagai lagi. Ini juga penting kepada kami agar mutu pengurusan dan kualiti perkhidmatan kami bertambah baik dan dipercayai sepenuhnya.
 
Hit Media Photography terdiri daripada gabungan anak muda yang bersemangat waja dan sanggup menghadapi cabaran dalam arus perniagaan perkhidmatan. Kami bersaing memberikan pakej dan perkhidmatan terbaik dan menepati kehendak pelanggan. Kami komited untuk memberikan pulangan terbaik kepada kepercayaan pelanggan. Itulah yang dapat janjikan kepada pelanggan kami.
 
Antara perkhidmatan yang kami tawarkan adalah kepakaran dalam bidang foto perkahwinan, majlis pertunangan, kenduri kesyukuran, majlis hari jadi, acara sukan dan aturcara korporat. Kami juga berpengalaman dalam mengatur sesi fotografi secara berkumpulan bagi murid-murid sekolah. Antaranya adalah penyediaan foto berukuran passport secara berkumpulan bagi sekolah rendah bagi kegunaan urusan UPSR dan persediaan murid-murid untuk sekolah menengah.
 
Atas pengalaman, idea kreatif dan semangat juang menuntut kami untuk menjadi yang terbaik dan memberikan pulangan terbaik kepada pelanggan kami. Kami amat berterima kasih atas sokongan anda semua. Kepercayaan anda memberi kami sumber inspirasi untuk terus komited dengan mutu perkhidmatan berkualiti dan dipercayai. Terima kasih ANDA.
 
Ikhlas Daripada
 
Rizal Abd Wahab,
HIT MEDIA ENTERPRISE.
24 Jun 2014
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge