Thursday 16 April 2015

EVENT : Majlis Pertunangan, Akad Nikah & Bersanding Pasangan Pengantin Haffizan & Adibah (April 2015)

Pada tanggal 11 & 12 April 2015 yang lalu, kami sekali lagi diberi kepercayaan untuk berkhidmat di majlis pasangan Haffizan & Adibah. Majlis Pertunangan & Akad Nikah selamat berlangsung di Surau Al Amin, Setapak Indah. Kemudian disusuli dengan sessi bergambar di rumah pengantin perempuan yang berada berdekatan dengan lokasi surau berkenaan.

Selesai sesi bergambar di rumah pengantin, kami meneruskan sessi outdoor. Kali ini lokasi pilihan adalah di Taman Botani Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Diiringi dengan dayang-dayang pengantin menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Sesi bergambar selesai sekitar 5.00 petang dan bersedia untuk majlis persandingan keesokan harinya.

12 April 2015, majlis persandingan dengan jayanya telah diadakan di Dewan Besar JPS Ampang, Selangor. Pengantin diiringi dengan paluan kompang dan kumpulan penari cilik masuk ke dewan persandingan. Suasana yang amat meriah dan dinantikan oleh rakan taulan dan saudara mara pasangan pengantin.

Sessi outdoor agak terbatas kerana hujan lebat pada petang majlis. Namun kami cuba memberikan yang terbaik kepada pihak pengantin. Terima kasih atas sokongan kalian.

Next Event : Majlis Anugerah Pelajar Superb Cemerlang, Bentong, Pahang (April 2015)

Salam,

Majlis pada hujung April 2015, Majlis Anugerah Pelajar Superb Cemerlang yang akan berlangsung di Bentong, Pahang. Satu projek usahasama dengan Mentor Zaki Ali. Semoga usaha kali ini membuka lebih peluang kepada kami untuk terus maju kehadapan. Terima kasih kepada pelanggan sekalian.

Rizal Abd Wahab
Hit Media Enterprise

Call/Text : 019 622 1416 / 012 395 6042

Friday 3 April 2015

Next Event : Majlis Akad Nikah & Bersanding di Jerantut, Pahang (Jun 2015) & Majlis Bertandang di Kajang, Selangor (Ogos 2015)

Salam, terima kasih kepada pelanggan kami yang telah membuat tempahan awal untuk kami merakamkan detik-detik manis & bahagia mereka. Kami berbesar hati dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan. Terima kasih kerana menyokong kami di Hit Media Photography.

Terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk tempahan Khidmat Fotografi Perkahwinan anda...hubungi atau teks kepada kami di talian. Kami sedia berunding dengan anda.  

019-662 1416 Rizal Abd Wahab
019-662 0946 Amy
Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge