Sunday 31 January 2016

Monday 25 January 2016

Majlis Perkahwinan Iskandar dan Raja Farah, Floria Royal Putrajaya

Pada 23 Januari 2016 lalu, telah berlangsung majlis perkahwinan pasangan Iskandar & Raja Farah di Floria Royal Putrajaya. Pihak FES Studio selaku Official Photographer & Videographer majlis telah memberi peluang kepada kami untuk sama-sama menyumbang tenaga merakamkan detik manis pasangan ini.

Majlis berjalan dengan harmoni dan lancar. Terima kasih kepada pihak pengurusan Ani Katering dan Floria Putrajaya yang telah memastikan program berjalan dengan baik sekali.

Pengalaman ini merupakan peluang terbaik kepada kami dan tidak kami sia-siakan untuk persediaan melangkah lebih jauh. Terima kasih kepada rakan kami di FES Studio.










Rizal@Hit Media Photography
26 Jan 2016.

Sunday 17 January 2016

Foto Warga Kerja SK Kota Warisan 2016



Salam, selain daripada bidang fotografi perkahwinan, kami juga menyediakan perkhidmatan foto sekolah seperti foto kelas, kelab dan persatuan. Berikut adalah previu terbaru kami utk warga kerja SK Kota Warisan, Sepang, Selangor .

Sebagai sumbangan kepada pihak sekolah atau persatuan, kami juga menyediakan plan insentif bagi keperluan tabung dan dana sekolah atau persatuan. 

Hubungi kami utk sebarang pertanyaa berkaitan foto sekolah dan program insentif yang kami tawarkan. 

Tel/text : 019 662 0946 / 019 662 1416

Hit Media Photography
Own by Hit Media Enterprise ( 002309419-X)

Thursday 14 January 2016

Altenatif kepada Pakej RM990.00, Sistem Suai Padan Mengikut Bajet Anda.

Salam, 



Terima kasih kepada pelanggan dan juga bakal pelanggan yang telah bertanyakan pakej istimewa RM990.00. Sambutan hangat daripada anda amat kami hargai. 

Berikutan info yang kami kumpul sepanjang Promosi Pakej RM990 berlangsung, ada beberapa ilmu yang kami perolehi dan boleh dikongsi bersama.

Cabaran ekonomi tahun 2016 telah memberi kesan kepada kita terutama bakal-bakal pengantin yang akan menempuh hidup baru nanti. Perbelanjaan semakin meningkat dan pada masa yang sama bajet perlu diperkemaskan. 

Permintaan yang tinggi kepada pakej bajet menunjukkan kesan daripada perkara tekanan ekonomi. Bukan semua kerana masih ada yang Mampu Milik. Itu cerita mereka yang berkemampuan, tiada halangan dan kekangan utk mereka. 

Untuk itu, kami akan memperkenalkan Sistem Suai Padan mengikut bajet anda. Kami buka peluang kepada anda untuk membentangkan bajet anda kepada kami dan kami akan cadangkan apa yang sesuai. ATAUPUN anda pilih sahaja daripada Senarai Pilihan Suai Padan Kami ... Kami akan keluarkan sebutharga untuk anda nilaikan. Kami akan cuba selaraskan dgn bajet anda. 

Anda boleh suai padan album, shot indoor outdoor dan jenis potret perkahwinan anda. Terpulang kepada pilihan anda. Kami akan cuba tawarkan harga termampu kami untuk anda.

Anda boleh cuba... Wasap atau email kami di talian 019 662 1416 / 019 662 0946 atau email kami hit.media.sales@gmail.com . 

Selamat Mencuba.

Rizal@Hit Media Photography
"Your Friendly Media Partner"

Tuesday 12 January 2016

Live Update Semasa Majlis Berlangsung. Teknologi pindahan foto terus kepada anda.

Salam, 

Terima kasih kepada perkembangan teknologi maklumat. Kini pelanggan boleh mendapatkan salinan foto mereka dgn segera sebaik sahaja petikan shutter dilaksanakan. Tidak menunggu lama lagi untuk melihat hasil kerja jurufoto dan saat indah bersama sanak saudara, rakan taulan dan para tetamu. 


Dengan ada teknologi pemindahan terus dari kamera DSLR melalui WiFi telah memungkinkan perkara ini. Tidak memerlukan kamera DSLR yang paling canggih utk ini. Sekiranya tiada WiFi tersedia dlm kamera, kita ada pilihan utk menggunakan SD Card yang mempunyai fasiliti wifi. Kos yang lebih jimat dan boleh dimiliki oleh pengguna lain. 


Jadi, dengan ada teknologi pindahan segera daripada kamera DSLR ini, kita dapat berkongsi foto berkualiti melalui peranti telefon pintar dan sebagainya. 

Info ini mungkin tidak cukup tepat, mungkin ada teknologi yang lebih terkini diluar sana tetapi ini info yang kami ada dan gunakan dalam sesi fotografi kami. Kami shot aksi anda dan kemudiannya foto tersebut tersedia dalam peranti telefon pintar anda. Mudah dan cepat. 

Terima kasih kerana membaca info ini dan selamat mencuba. Hit Media Photography "Your Friendly Media Partner".

Tuesday 5 January 2016

Pembaharuan Lesen Perniagaan Hit Media Enterprise bagi tahun 2016.

Salam, alhamdulillah kelmarin kami telahpun memperbaharui lesen perniagaan Hit Media Enterprise bagi tahun 2016/2017. 



Syukur pada Allah yang telah memberi rezeki, kelapangan dan kemampuan untuk meneruskan perniagaan ini. 

Seperti yang saya pelajari daripada sifu-sifu saya yang telah berpengalaman dan mahir. Pentingnya lesen ini adalah utk jaminan kepada pelanggan-pelanggan kita sebenarnya. Sebarang tindakan yang melanggar undang2 perdagangan boleh diambil tindakan oleh pengguna. 

Semoga ilmu dan kepakaran yang ada dapat memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan. 

Ikhlas, 
Rizal@Hit Media Photography
Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge