Salam,
Terima kasih kerana melawat blog Hit Media Photography. Oleh kerana terdapat
permintaan tinggi terhadap Set Mock-up Album, maka saya kan menerangkan dengan sebaik mungkin apa yang terkandung di dalam set ini. Secara umumnya ia adalah set yang merupakan
pakej mampu milik dan sering saya jadikan sebagai
pelengkap kepada kombinasi album lain. Untuk makluman anda, set ini bukan sahaja untuk set
photography perkahwinan...malahan ia boleh dijadikan
album keluarga dan pelbagai lagi majlis lain.
Contoh Family Album, 10x15 inci
Mock-up album adalah satu penambahbaikan daripada set sticky album ready made yang mana kita boleh mendapatkan pelbagai ready made album di pasaran luar. Tetapi jika dibandingkan perbezaannya, jelas ketara Mock-up Album mempunyai daya tarikan tersendiri. Ini terbukti dengan kelainan yang ada pada album ini. Ia didatangkan dengan customize cover album dan
black refill yang memberikan ciri ekslusif. Kebiasaan album ready made menggunakan
white refill yang agak nipis dan tampak biasa. Bagi tawaran umum, kesemua set mockup didatangkan dengan
40 mukasurat "black refill". Sekiranya ada inginkan penambahan mukasurat, hal ini tidaklah mustahil. Untuk itu anda boleh memuatkan lebih foto didalamnya.
Muka hadapan
Muka belakang
Apa yang menjadikan ia mock-up album adalah kerana ia merupakan set yang menawarkan
rekaan photography sepenuhnya pada cover album samada belakang atau hadapan. Ini menjadikan album ini hak milik peribadi yang tidak ada persamaan di pasaran.
Rekaan photography muka hadapan
Rekaan photography muka belakang
Terdapat tiga saiz utama yang dapat saya tawarkan, iaitu saiz
13x13 inci dengan bukaan album selebar 13x26 inci. Set ini boleh memuatkan sebanyak
80 keping foto 4R, namun begitu ianya boleh dimaksimumkan kepada
120 keping foto 4R dengan susunan 3 keping 4R untuk setiap satu muka surat.
Manakala, bagi saiz medium pula adalah berukuran
10x15 inci, ataupun dengan
bukaan album selebar 10x30 inci. Ia boleh menampung sejumlah
120 keping 4R dan jika dimaksimakan dengan susunan yang teratur, ia mampu memuatkan
160 hingga 200 keping foto 4R. Untuk pengetahuan anda, set medium ini adalah merupakan set
paling laris dan berpatutan.
Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih padat, set album bersaiz
14x15 dengan bukaan selebar 14x30 inci adalah jawapannya. Ia mampu memuatkan sebanyak
320 keping foto 4R jika disusun secara terancang. Namun begitu, bagi mengekalkan kualiti pandangan mata...set ini datang dengan
200 keping foto 4R.
Tetapi, itu adalah tetapan asal yang ditawarkan...anda bebas membuat
customization dengan susunan dan kombinasi foto pelbagai saiz. Set 13x13 inci mampu memuatkan foto bersaiz 10R bagi satu-satu mukasurat. Manakala, set 10x15 boleh memuatkan 8R kerana keterbatasan ruang album tetapi boleh dikombinasikan dengan foto bersaiz kecil yang lain. Bagi set 14x15, anda ada pilihan yang lebih jauh dimana anda boleh memuatkan foto sebesar 11R.
Cukup sekadar ini, diharapkan dengan info yang sebegini dapat memberi gambaran kepada anda. Sekiranya anda ingin bertanya atau mendapatkan info lanjut. Akan saya cuba sampaikan ...dan sekiranya ingin melihat sendiri, anda boleh menghubungi saya untuk temujanji.
Sekian, terima kasih.
Like our fanpage at
www.facebook.com/hitmediaphotography
Rizal Abd Wahab
HIT MEDIA ENTERPRISE