Kumpulan graduan ini disertai seramai 7 orang dari pelbagai bidang jurusan perguruan. Apa yang menarik lagi, sesi fotografi ini disertai oleh ahli keluarga dan rakan taulan graduan berkenaan. Ini memberikan variasi kepada gaya fotografi dan mode ceria kepada semua yang terlibat.
Cuaca agak baik walaupun berjerebu pada kadar tidak sihat, namun suasana perkarangan dan lampu limpah dari masjid itu sendiri cukup membantu.
Teknik kali ini adalah dengan menggunakan dua set lampu sokongan jenis LED sebagai direct lighting kepada subject. Tiada penggunaan speed light digunakan, walau pun berisiko dgn gambar bergoyang dan kesan noise yang tinggi. Namun syukur sesi berjalan lancar.
Berikut adalah sedikit hasil daripada sesi fotografi yang telah dilaksanakan. Terima kasih atas kerjasama daripada semua pihak termasuk pengurusan keselamatan masjid yang sabar dan memberi peluang dan ruang kepada kami untuk merakamkan saat terindah ini. Terima kasih.