Thursday, 16 April 2015

EVENT : Majlis Pertunangan, Akad Nikah & Bersanding Pasangan Pengantin Haffizan & Adibah (April 2015)

Pada tanggal 11 & 12 April 2015 yang lalu, kami sekali lagi diberi kepercayaan untuk berkhidmat di majlis pasangan Haffizan & Adibah. Majlis Pertunangan & Akad Nikah selamat berlangsung di Surau Al Amin, Setapak Indah. Kemudian disusuli dengan sessi bergambar di rumah pengantin perempuan yang berada berdekatan dengan lokasi surau berkenaan.

Selesai sesi bergambar di rumah pengantin, kami meneruskan sessi outdoor. Kali ini lokasi pilihan adalah di Taman Botani Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Diiringi dengan dayang-dayang pengantin menjadikan suasana lebih meriah dan ceria. Sesi bergambar selesai sekitar 5.00 petang dan bersedia untuk majlis persandingan keesokan harinya.

12 April 2015, majlis persandingan dengan jayanya telah diadakan di Dewan Besar JPS Ampang, Selangor. Pengantin diiringi dengan paluan kompang dan kumpulan penari cilik masuk ke dewan persandingan. Suasana yang amat meriah dan dinantikan oleh rakan taulan dan saudara mara pasangan pengantin.

Sessi outdoor agak terbatas kerana hujan lebat pada petang majlis. Namun kami cuba memberikan yang terbaik kepada pihak pengantin. Terima kasih atas sokongan kalian.

No comments:

Post a Comment

Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge