Pada 14 Oktober 2016 , Jumaat telah berlangsung Majlis Akad Nikah pasangan Redzwan dan Sri Ikhrainee. Lokasi majlis kali ini adalah di Kampung Lang Tengah, Banting, Selangor.
Dengan sekali lafaz dihadapan iman, saksi dan para sanak saudara, pasangan ini telahpun sah menjadi suami isteri. Kesempatan untuk merakam majlis bersejarah ini kepada pihak kami amat kami hargai.
Pada 16 Oktober 2016 pula, berlangsungnya majlis persandingan yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang bertempat di Dewan Akademi Havea, Sungai Buloh, Selangor. Pasangan tampak penuh bergaya dengan tema warna yang cukup sesuai dan ceria. Terima kasih juga kerana keceriaan natural daripada pihak pengantin sendiri menjadikan foto yang dirakam lebih ceria dan bermakna.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Terima kasih juga kepada Puan Sri Ikhrainee yang telah membuat tempahan seawal bulan Mac lagi untuk membolehkan kami membuat persediaan awal. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke Jannah, selamat menempuh alam berumah tangga, Tahniah daripada kami @ Hit Media Photography.
Friday, 16 December 2016
Saturday, 24 September 2016
Majlis Perkahwinan Hafizi dan Nurul Jannah, Labu , Negeri Sembilan
Pada 17 September 2016 yang lalu, kami telah diberikan tanggungjawab untuk merakamkan majlis bertandang pasangan pengantin baru Hafizi Fauzan dan Nurul Jannah. Majlis berlangsung dengan sempurna di Eka Matahari, Labu, Negeri Sembilan.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi kalian, semoga rezeki kalian bertambah dan kasih kekal hingga syurgawi. InsyaAllah.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi kalian, semoga rezeki kalian bertambah dan kasih kekal hingga syurgawi. InsyaAllah.
Tuesday, 13 September 2016
Wednesday, 7 September 2016
Majlis akad nikah dan persandingan pasangan pengantin Iqbal dan Yanie ,Alor Gajah, Melaka.
Majlis berjalan lancar dengan pengantin diijabkabulkan di Masjid Qariah Paya Datok, Alor Gajah, Melaka pada sekitar jam 10.00 pagi. Dengan sekali lafaz, telah sah mereka sebagai pasangan suami isteri. Tahniah daripada kami.
Selesai majlis ijab kabul, majlis persandingan akan dilangsungkan pada jam 1.00 petang. Lokasi kali ini di Kompleks Japerun Rembia, Alor Gajah, Melaka. Dengan bertemakan warna merah ceria, kedua-dua mempelai diraikan oleh ibu bapa, sanak saudara, rakan2 dan tetamu majlis.
Alhamdulillah dan tahniah daripada kami, moga kasih mereka kekal bahagia hingga ke jannah. Amin.
Tuesday, 7 June 2016
Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Wazir & Noorjamilah, Kampung Jeram, Kuala Selangor
Event : Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Wazir dan Noorjamilah.
Lokasi : Kampung Jeram, Kuala Selangor, Selangor.
Tarikh : 28 Mei 2016 / Sabtu.
Friday, 6 May 2016
Majlis Persandingan Pasangan Pengantin Amin dan Izan, Felda Rentam,Bera, Pahang.
1 Mei 2016 ( Ahad ) Bera, Pahang. Satu lagi lokasi baru utk kami. Sehari selepas liputan majlis sambut menantu di Maran, Pahang. Perjalanan diteruskan ke Felda Rentam, Bera, Pahang.
Tahniah kepada pasangan Amin dan Izan yang telah melangsungkan majlis persandingan mereka dengan penuh kemeriahan bersama sanak saudara , jiran tetangga dan rakan taulan.
Lokasi Outdoor : Tasik Bera, Pahang.
Majlis Persandingan Pasangan Kheirul dan Karimah, Kampung Melekai,Johol, Negeri Sembilan
Majlis Sambut Menantu Pasangan Pengantin Fauzan & Rozimah, Maran, Pahang
Pada 30 April 2016, Sabtu. Kami telah diberi peluang untuk merakamkan foto majlis sambut menantu bagi pasangan Fauzan dan Rozimah. Majlis berlangsung di Kampung Sentosa, Maran, Pahang.
Pasangan ini telahpun diijabkabul pada bulan Februari yang lalu di Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang. Kali ini tiba pula rombongan Balik Pulau ke Maran.
Tahniah daripada kami di Hit Media Photography. Terima kasih kerana telah memilih kami sekali lagi. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah.
Monday, 4 April 2016
Thursday, 31 March 2016
Klip Video Percubaan 1 : Majlis Akad Nikah Faiz dan Hidayah
Video Percubaan Pertama daripada saya. Memang satu percubaan sukar dengan mengendalikan 2 bidang secara solo. Tetapi ini adalah percubaan pertama saya dan alhamdulillah dapat dilaksanakan walaupun masih banyak ruang kosong yang perlu diperbaiki. Terima kasih kepada pasangan pengantin Faiz dan Hidayah kerana bersetuju untuk saya merakamkan acara akad nikah mereka disamping saya juga sebagai jurufoto rasmi. Namun komitmen untuk fotografi tetap diberikan sepenuhnya. Video ini percuma untuk pasangan pengantin Faiz dan Hidayah. Terima kasih sekali lagi.
Makluman : Untuk Aktiviti Terkini Sila Lawat Laman Fanpage Hit Media Photography
Salam kepada pengunjung,
Terima kasih kerana melawat blog Hit Media Photography. Harap maklum bagi mendapatkan maklumat terkini dan perkembangan semasa, tuan puan bolehlah melawat terus ke fanpage kami yang boleh diakses di alamat :
www.facebook.com/hitmediaphotography.
Pelbagai info dan maklumat terkini dipaparkan disana. Terima kasih kerana melawat kami.
Rizal@Hit Media Photography.
April 2016
Monday, 29 February 2016
Majlis Pernikahan Pasangan Fauzan dan Rozimah, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Majlis Pernikahan Pasangan Pengantin Fauzan & Rozimah.
Lokasi : Pondok Upih, Balik Pulau , Pulau Pinang.
Tarikh : 6 Februari 2015
Lokasi : Pondok Upih, Balik Pulau , Pulau Pinang.
Tarikh : 6 Februari 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)