Pada 14 Oktober 2016 , Jumaat telah berlangsung Majlis Akad Nikah pasangan Redzwan dan Sri Ikhrainee. Lokasi majlis kali ini adalah di Kampung Lang Tengah, Banting, Selangor.
Dengan sekali lafaz dihadapan iman, saksi dan para sanak saudara, pasangan ini telahpun sah menjadi suami isteri. Kesempatan untuk merakam majlis bersejarah ini kepada pihak kami amat kami hargai.
Pada 16 Oktober 2016 pula, berlangsungnya majlis persandingan yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang bertempat di Dewan Akademi Havea, Sungai Buloh, Selangor. Pasangan tampak penuh bergaya dengan tema warna yang cukup sesuai dan ceria. Terima kasih juga kerana keceriaan natural daripada pihak pengantin sendiri menjadikan foto yang dirakam lebih ceria dan bermakna.
Terima kasih kerana memilih kami sebagai jurufoto rasmi majlis kalian. Terima kasih juga kepada Puan Sri Ikhrainee yang telah membuat tempahan seawal bulan Mac lagi untuk membolehkan kami membuat persediaan awal. Semoga jodoh kalian kekal hingga ke Jannah, selamat menempuh alam berumah tangga, Tahniah daripada kami @ Hit Media Photography.
No comments:
Post a Comment