Tuesday, 7 March 2017

Gaya Foto Pengantin : Penggunaan Lens 50mm f1.8 (Part 1)

Salam kepada semua tetamu blog Hit Media Photography.

Rasanya sudah agak lama tidak menulis aktiviti terkini melalui blog ini. Kesibukan dengan urusan awal tahun agak membatasi saya untuk mengemaskini laman blog ini yang kini telah berusia 3 tahun. Pelbagai kenangan suka duka telah ditempuhi. Bermula dengan bergerak sebagai pembantu Offical Photographer (OP), kemudian bergerak secara Duo (trending untuk geng 2 orang) dan seterusnya bergerak secara solo. Kemudian selangkah lagi dengan sokongan rakan-rakan fotografer diuar sana.

Ok tuan puan, hari ini bukanlah cerita untuk mengenang bagaimana kami bermula tetapi kami ingin sekadar berkongsi foto-foto yang pernah atau teknik yang biasa digunakan dalam sesi fotografi perkahwinan kami. Kepada rakan-rakan otai fotografer perkahwinan yang lebih dulu mengenal dunia fotografi daripada kami, maaf sekiranya info ini mungkin tidak menepati pandangan anda. Ini sekadar perkongsian ilmu yang diperolehi sepanjang perjalanan kami.

Dengan berbekalkan kepelbagaian peralatan (gear) yang kami telah sediakan, membolehkan kami merakam pelbagai sudut pandangan dan kreativiti. Bermula dengan  lens Kit Lens 18-105 mm yang cukup untuk merakam foto secara umum, berkembang dengan penambahan lens potrait 50mm yang mampu merakam potret pengantin dan memberi kesan bokeh yang mana akan memberi tampak potret lebih jelas dan fokus. Kemudian ditambah lagi dengan Lens Ultra Wide lensa yang cukup memukau mata dengan teknik wide angle dan foto lanskap. Ini adalah kepelbagaian lensa untuk memastikan misi merakam foto perkahwinan berjalan lancar dan sempurna.

Berikut adalah beberapa foto yang pernah dirakam oleh kami.


Nikon D90, lensa 50 mm f 1.8 . Lokasi : Bulatan Masjid Negeri, Seksyen 4 Shah Alam.  Tahun 2015.



Nikon D90, Lens 50 mm f 1.8 . Lokasi : Pantai Remis, Perak. Tahun 2014

Foto di atas dirakam dengan menggunakan teknik potret dengan kesan bokeh dibelakang. Fokus tepat diberikan kepada wajah pengantin. Lens 50 mm dengan bukaan aperture 1.8 sudah cukup untuk kesan bokeh. 


Nikon D90 . Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Pantai Remis, Perak. Tahun 2014


Nikon D300s . Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Senawang, Negeri Sembilan . Tahun 2015. 


Nikon D90 . Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Jasin, Melaka . Tahun 2015.

Gaya foto diatas adalah salah satu daripada kegemaran kami untuk rakaman foto pengantin. Foto dari sudut tepi pengantin dan pasangan berada di sudut tepat kamera. Foto ini sangat sesuai untuk cetakan album kerana ia memberi fokus kepada cincin perkahwinan, bunga tangan, jam tangan dan sebagainya. 


Nikon D300s  . Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Rantau Panjang, Kelang, Selangor. Tahun 2016.


Nikon D90. Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Jasin, Melaka . Tahun 2015.

Ini pula gaya foto dengan kedudukan pengantin perempuan berlindung di sisi pengantin lelaki dengan kesan bokeh di belakang. Fokus tepat dimata pengantin perempuan. Foto ini cuba memaparkan kasih sayang pengantin lelaki kepada pasangannya.


Nikon D300s . Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Sungai Buloh, Selangor . Tahun 2016.


Nikon D90. Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Masjid Putra, Nilai, Negeri Sembilan. Tahun 2016.


Sony A300 . Lens 50 mm f1.8 . Lokasi : Putrajaya . Tahun 2010.

Gaya foto ini kelihatan mudah dimana kedudukan pasangan penganti selari dan perlu melakukan posisi badan dan tangan yang sama. Fokus akan diberikan kepada salah seorang dan begitulah untuk sebaliknya. Nampak menarik bila digayakan dengan cukup sekata. 

Gaya diatas adalah beberapa gaya yang pernah dirakam oleh kami. Kami akan cuba memperbaiki daripada masa ke semasa bagi memastikan pelanggan kami mendapat apa yang mereka inginkan.

InsyaAllah kami akan memaparkan beberapa lagi gaya pengantin untuk tatapan dan mungkin boleh dikongsi bersama antara bakal pengantin dan rakan fotografer lain. Sehingga berjumpa lagi.

Rizal@Hit Media Photography.

Untuk Tempahan atau Pertanyaan,
019 662 0946 Amy
019 662 1416 Rizal.

No comments:

Post a Comment

Cool Social hitmediaphotography.blogspot.com CoolSocial.net Badge