Pada 2 Mac 2017, telah berlangsungnya Majlis Berinai Kecil untuk bakal pengantin baru , Rabiatul Adawiah yang akan melangsungkan Majlis Ijab Kabul mereka pada keesokan harinya. Malam berinai kecil ini bertemakan Pakaian Baju Kurung Kedah sempena saudara mereka yang berasal dari negeri jelapang padi itu. Majlis berlangsung dengan penuh keriangan bersama sanak saudara yang hadir dari jauh dan dekat.
Majlis bermula pada sekitar jam 8.30 malam, serentak dengan itu majlis di raikan dengan bacaan doa selamat oleh para ahli kariah dan jiran tetangga bagi memohon keberkatan majlis dan tanda bersyukur dengan bakal kehadiran menantu baharu esok hari.
3 Mac 2017, hari yang dinantikan menjelang tiba. Hari ini bakal berlangsungnya majlis ijab kabul pasangan pengantin ini. Majlis berlangsung sekitar jam 10 pagi bertempat di Surau Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor. Rombongan pengantin lelaki yang tiba dari Ampang, Selangor. Dikhabarkan pengantin berasal daripada Kelantan dan mempunyai ikatan kekeluargaan yang ramai daripada selatan Thailand. Kemeriahan dapat dirasakan dengan kehadiran sanak saudara sebelah pengantin lelaki yang sanggup turun daripada jauh bagi meraikan bakal pengantin.
Dengan sekali lafaz di hadapan Ayah kepada Rabiatul Adawiah, pasangan pengantin Ikram dan Rabiatul Adawiah telah sah menjadi suami isteri. Lafaz berlangsung dengan disaksikan saudara mara rakan dan taulan pengantin. Tahniah daripada kami.
Selesai sudah akad nikah pengantin, semoga jodoh kalian kekal hingga ke Jannah. Amin Ya Rabbal Alamin.
No comments:
Post a Comment